Di kala keadaan cuaca yang tidak menentu, keadaan kesihatan keluarga sering terjejas. Tambahan pula, sejak catuan air bermula, kualiti air juga seperti tidak sama dengan sebelumnya.
Begitu juga dengan ahli keluarga saya yang bergilir-gilir demam. Kali ini giliran saya pula; kali kedua untuk bulan ini.
Oleh itu, saya ingin berkongsi pesanan penting daripada doktor untuk saya dan keluarga iaitu:
- Pastikan minum air suam sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk buang toksin dalam badan. Kata doktor, lagi cerah warna air kecil kita, lagi bagus. Lagi tips daripanya, jika beliau sakit kepala, jarang sekali beliau mengambil panadol. Selalunya sakit kepala akan hilang selepas beliau minum air suam 1 liter dan membuang air kecil.
- Untuk penghidap tonsillitis seperti saya, pembedahan pembuangan tonsil bukanlah 100% menghilangkan symptom kerap demam dan sakit tekak. Walaupun selepas tonsillectomy, masih perlu menjaga diri seperti:
- mengelakkan persekitaran berhabuk terutamanya jika kita juga penghidap resdung/sinusitis
- mengelakkan pengambilan 'dairy product' ketika merasa tanda-tanda awal hendak sakit tekak
- minum air suam secukupnya
- Untuk anak-anak pula, jika mereka sukar makan sayur atau buah, berikan supplemen vitamin terutamanya vitamin C, selain daripada air suam secukupnya.
Namun, semangat saya masih belum luntur! Nantikan koleksi batik saya dalam waktu terdekat. Saya kongsikan dahulu gambar pengenalan di bawah!
No comments:
Post a Comment