Thursday 17 April 2014

Demam lagi..

Teks: Junaida Mohd Jamil

Di kala keadaan cuaca yang tidak menentu, keadaan kesihatan keluarga sering terjejas. Tambahan pula, sejak catuan air bermula, kualiti air juga seperti tidak sama dengan sebelumnya.

Begitu juga dengan ahli keluarga saya yang bergilir-gilir demam. Kali ini giliran saya pula; kali kedua untuk bulan ini.

Oleh itu, saya ingin berkongsi pesanan penting daripada doktor untuk saya dan keluarga iaitu:
  1. Pastikan minum air suam sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk buang toksin dalam badan. Kata doktor, lagi cerah warna air kecil kita, lagi bagus. Lagi tips daripanya, jika beliau sakit kepala, jarang sekali beliau mengambil panadol. Selalunya sakit kepala akan hilang selepas beliau minum air suam 1 liter dan membuang air kecil.
  2. Untuk penghidap tonsillitis seperti saya, pembedahan pembuangan tonsil bukanlah 100% menghilangkan symptom kerap demam dan sakit tekak. Walaupun selepas tonsillectomy, masih perlu menjaga diri seperti:
    • mengelakkan persekitaran berhabuk terutamanya jika kita juga penghidap resdung/sinusitis
    • mengelakkan pengambilan 'dairy product' ketika merasa tanda-tanda awal hendak sakit tekak
    • minum air suam secukupnya
  3. Untuk anak-anak pula, jika mereka sukar makan sayur atau buah, berikan supplemen vitamin terutamanya vitamin C, selain daripada air suam secukupnya.
Selepas 3 hari demam, saya kembali bersemangat untuk sambung semula berkongsi cerita. Mungkin salah satu pencetus demam adalah akibat tidak cukup tidur; 2 hari berturut-turut saya ralit mengemaskini blog sehingga melangkaui waktu tengah malam. Harap-harap selepas ini saya semakin bijak mengatur jadual antara kerja di pejabat, masa bersama keluarga, blog dan waktu berehat.

Namun, semangat saya masih belum luntur! Nantikan koleksi batik saya dalam waktu terdekat. Saya kongsikan dahulu gambar pengenalan di bawah!






No comments:

Post a Comment