Monday 14 April 2014

Tips: Memadankan Corak Pada Bahagian Batik Sutera dengan Bahagian Baju



Teks: Junaida Mohd Jamil

Salam sahabat semua!

Seperti yang saya janjikan, kali ini saya ingin berkongsi tips yang berguna untuk anda iaitu cara memadankan corak pada kain batik sutera dengan bahagian-bahagian pada baju. Adalah penting buat si tukang jahit untuk bijak menentukan yang mana satu bahagian badan hadapan, badan belakang, lengan dan bahagian kain. Andai kata tersalah tafsir corak pada kain itu, maka baju yang dihasilkan akan cacat serinya. Aduh, anda tentu sekali tidak mahu tragedi silap potong kain terjadi kepada anda bukan?  Ayuh! Pelajari dan fahami bahagian corak pada kain tersebut.


Umumnya kain batik sutera terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian badan dan kain. Pada bahagian badan pula terdapat 4 bahagian corak:

  • Badan hadapan
  • Badan belakang
  • Lengan 1
  • Lengan 2

Corak badan hadapan dan badan belakang selalunya hampir sama dan susunannya sesiri (sila rujuk gambar yang pertama di bawah). Manakala corak untuk bagian lengan pula lebih kecil dan letaknya di dua penjuru yang bertentangan dengan badan depan dan belakang. 


Bahagian kain pula kebanyakannya hanya mempunyai corak di bahagian kaki. (sila rujuk gambar yang kedua di bawah).


Oleh kerana kain batik sutera ini terlalu panjang untuk dibentangkan di ruang rumah saya, maka saya telah melipat kain tersebut kepada 2 bahagian: gambar yang pertama ialah bahagian untuk badan dan gambar kedua ialah bahagian untuk kain.

Jika sudah arif, sekarang bolehlah sahabat semua sahkan kepakaran tukang jahit masing-masing sebelum meninggalkan kain anda. Apa salahnya, ianya demi ‘keselamatan’ kain anda juga!
 

No comments:

Post a Comment